With you

Salam Sayang,

2 jam, Sayang.

2 hours I sat down with you,
and we talked.

Well… I talked, and you listened. ❤️

Mula sampai, saya tengok kubur Sayang…
“Sayangku… tingginya rumput. Lama sangat saya tak ziarah, kan? Sorry, Sayang.”

Bukan main tebal rumputnya. 😂
So I took my time, slowly.

Sembang dengan my Sayang about everything about jerebu, about myself, about the flash flood in Nepal… sambil-sambil cabut rumput.

Sedar tak sedar, 2 jam Sayangku… sesi kita.

Tadi masa saya tengah cabut rumput, ada satu pasangan lalu. Mereka bagi tips.

“Kalo nak mudah cabut, siram air dulu. Tanah lembut, senang cabut.”

Yeah… good idea.

The wife pula cakap, buat satu bahagian dulu… then satu bahagian lagi. Belah kiri, belah kanan.

Betul juga.

See, Sayang… I even got tips on how to kemaskan rumah Sayang. 😂

Next time saya datang, I know what to do already.

Oh, btw… tangki air rumah bocor lagi.

Erm… tak apa. Dah panggil Agus untuk tengok dan fikirkan apa yang perlu dibuat. Katanya nanti dia datang.

Lenguh juga lengan saya, Sayang.

But it was nice.

Peaceful.

Macam therapy session kita.

Nah, gambar selepas sesi cabut rumput.
Kemas sikit dah.
Next time saya datang, saya bawa bunga pula. Maybe tambah batu sikit.

Sayang tunggu saya, okay?

Okay, Sayang.

Itu saja saya nak cerita hari ni.

Lain kali kita sembang lagi, okay?

I love you so much. ❤️

Rest well, Sayangku.

30th August 2026

Comments

Popular posts from this blog

2025 Rewind & Hopes for 2026: A Letter to You

After 500 days, I am still yours, Truly

Calm Sunday morning