Gaji Bukan Sedekah: Bila “Niat Baik” Jadi Diskriminasi Terselindung
Now let's talk about gender issue lak
Baru-baru ni, ada satu pendapat di laman Twitter (sorry i still call its Twitter):
"Saya bagi gaji lelaki lebih sebab bila lelaki dapat duit, itu bukan duit dia. Itu duit mak ayah, isteri, anak-anak, adik-adik, hutang, zakat… Rezeki tu datang sekali dengan amanah."
At first glance, bunyinya mulia. Nampak macam prihatin. Tapi bila kita cermatkan sikit, ada satu persoalan besar:
Sejak bila gaji ditentukan berdasarkan jantina dan andaian tanggungan, bukan kerja sebenar?
1. Niat Tak Sama Dengan Keadilan
Yes, lelaki ada amanah. Tapi adakah wanita tak ada?
Ramai wanita hari ini:
-
Menanggung mak ayah di kampung
-
Bayar hutang belajar dan sewa rumah
-
Jadi ibu tunggal
-
Jadi tulang belakang keluarga
-
Bekerja dua tiga kerja untuk tampung hidup
Kita tak boleh assume lelaki je yang ada “tanggungan”. Realitinya — semua orang ada beban hidup masing-masing. Dan gaji tak sepatutnya ikut beban, tapi ikut tanggungjawab kerja dan prestasi.
2. Empati Bukan Lesen Untuk Berat Sebelah
Nak tolong orang? Boleh. Tapi jangan guna struktur gaji syarikat untuk tunjuk “kasih sayang terpilih”.
Kalau benar nak bantu pekerja lelaki yang struggling, buat inisiatif khas:
-
Skim bantuan khas
-
Bonus berdasarkan keperluan (yang telus)
-
Elaun sokongan bersasar
Tapi bila gaji asas diberi ikut jantina — in my opinion itu bukan empati, itu bias.
3. Bayar Ikut Kerja, Bukan Stereotype
Kalau dua orang staff buat kerja yang sama, effort sama, hasil sama — apa justifikasi lelaki dapat lebih?
Kita tak boleh bayar gaji ikut naratif “lelaki pencari nafkah”. Itu satu model keluarga, bukan satu standard HR.
4. Gaji Adalah Kontrak Profesional, Bukan Sedekah Peribadi
Gaji bukan balasan atas simpati. Ia adalah:
-
Bayaran untuk masa, kemahiran, dan tenaga
-
Hasil dari contribution terhadap syarikat
-
Refleksi kepada market rate dan internal equity
Kalau kita terus normalize gaji ikut jantina atau beban hidup andaian, kita sedang halalkan diskriminasi atas nama “niat baik”.
Kesimpulan
Saya hormat nilai “rezeki dan amanah”. Tapi dalam dunia kerja, kita kena asingkan antara intention dan execution.
Nak bantu? Silakan. Tapi biarlah gaji kekal adil — ikut kerja, bukan jantina.
Don’t confuse empathy with bias.
It’s 2025. Kita boleh lebih bijak dari ini.
Your move. Equal work, equal pay. Always.
Comments
Post a Comment