Tragedi Sup Ayam di Bulan Ramadan: Bila Lapar Mengaburi Logik

Ramadan ni memang mencabar. Balik kerja penat, lapar, haus, tapi masih gigih singgah Pasar Ramadan sebab—well, tak boleh lawan godaan makanan sedap. Hari ni, aku pilih sup ayam dan sayur pucuk ubi. Pilihan yang nampak bijak, ringan tapi mengenyangkan.

Fasa 1: Sup Ayam Menunggu Dengan Setia

Sampai rumah jam 4 petang, aku letak plastik makanan atas meja. Dalam hati, "Nanti Maghrib terus makan!" Tak ada niat langsung nak biar lama. Tapi lepas buka puasa dengan air, mata berat semacam. Aku pun rebah. Tertidur tanpa kesedaran.

Fasa 2: Kebangkitan Lapar di Tengah Malam

Tiba-tiba sedar jam 11.30 malam. Perut mainkan lagu kebangsaan kelaparan. Aku tanak nasi, excited nak makan sup ayam yang kononnya setia menunggu. Tapi bila buka plastik… bau dia lain macam.

Mindaku berperang.
"Ah, sayang duit kalau buang."
"Tapi... bau dia pelik. Macam ada agenda jahat."
"Tapi aku lapar!"
"Tapi kalau makan, esok mungkin menyesal di bilik air."

Aku tarik nafas, cuba yakinkan diri. First sip of kuah—lidah bagi signal red alert. Ada keperitan yang mencurigakan. Nope, tak sanggup ambil risiko.

Tapi tunggu—sayur pucuk ubi pun ada. Aku dengan harapan tipis cuba selamatkan sebahagian duit aku. Bukak bungkusan, hidu perlahan-lahan, dan... sama jugak. Bau dia macam sayur tu dah bertukar profesion jadi bahan eksperimen biologi.

Fasa 3: Keputusan Paling Berat

Dengan hati berat, aku buang kedua-duanya.
RM15 melayang.

Dalam diam, aku bertafakur di hadapan tong sampah. Mata aku tengok plastik tu lama. Dalam hati, aku bisik:

"Aku minta maaf. Aku tak mampu selamatkan kalian."

Moral of the story? Jangan percaya makanan yang dah parking lama kat suhu bilik. Bakteria tak berpuasa. Mereka bekerja keras merosakkan makanan dan perut kita. Next time, masuk peti sejuk dulu kalau tak makan segera.

Dan paling penting—jangan biarkan RM15 lenyap begitu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

When They Ask How I'm Doing

1.34 pagi

Pocket Money from Ibu