Hujan dan Kita

Akhir akhir ni petang kerap hujan
Hampir Ramadhan, mungkin disusun untuk langit yang cerah Jumaat ini. Mahu lihat anak bulan Ramadhan

Hujan...

Hujan tak pernah sekadar hujan bila dengan dia. Selalu ada cerita, selalu ada kenangan.  

Masih ingat waktu naik motor sama-sama, tiba-tiba hujan turun. Baju dah basah, jalan makin licin, tapi dia tetap bawa motor dengan tenang. Aku duduk belakang, diam, tapi dalam hati rasa selamat. Dia selalu tahu jalan mana nak lalu, bila nak berhenti. “Sikit lagi je, tahan dulu,” katanya.  

Bila hujan makin lebat, kami berteduh. Kadang-kadang bawah jejantas, kadang-kadang depan kedai yang tak buka. Aku duduk sebelah dia, tengok hujan jatuh. Tak banyak cakap, cuma dengar bunyi hujan. Diam yang selesa.  

Sekarang, setiap kali hujan turun, aku teringat balik semua tu. Teringat cara dia pandu dalam hujan, cara dia tenang bila jalan basah. Hujan selalu buat aku rasa dia masih ada, dalam cara yang aku sendiri susah nak jelaskan.  

💌 Untuk awak, yang selalu ada dalam setiap rintik hujan  

Hari ini hujan lagi. Dan macam selalu, hujan buat aku rindu. Kalau awak masih ada, mesti kita tengah cari tempat berteduh sekarang, atau awak tengah menahan sabar dengan karenah saya yang membebel sebab kebasahan dan kelaparan.  

Tapi sekarang, saya cuma boleh cari awak dalam kenangan. Dalam bunyi hujan, dalam sejuk yang menyentuh kulit, dalam jalan basah yang kita pernah lalu sama-sama.  

Saya rindu, tapi saya tahu awak tak pernah betul-betul hilang. Sebab hujan masih bawa awak kembali, setiap kali ia turun.  

Comments

Popular posts from this blog

When They Ask How I'm Doing

1.34 pagi

Pocket Money from Ibu